Datin Furyna Walau Sibuk Bisnes Masih Sempat Masak di Dapur

Datin Furyna, seorang pengasas produk kecantikan dan kesihatan serta pengasas Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd. Beliau seorang wanita berjaya yang juga bergelar isteri dan ibu, itu saja yang penulis tahu mengenai personaliti ini melalui media sosial. Lalu terdetik di hati, apakah wanita sibuk sepertinya ada masa masuk daput menyediakan juadah suami dan anak-anak.

Persoalan itu terjawab, apabila Datin Nurfuryna Mohd Azmeer yang lebih mesra disapa Datin Furyna sudi meluangkan masa menerima kunjungan kami sambil menjenguk dapur dan berkongsi menu kegemaran keluarga yang disediakan sendiri oleh beliau untuk pembaca semua.

Datin Furyna Walau Sibuk Bisnes Masih Sempat Masak di Dapur

Sebaik sampai di kediaman beliau, Datin Furyna sudahpun siap memasak. Di atas meja sudah tersedia tiga menu seperti dijanjikan dan satu menu tambahan gulai lemak udang yang disertakan juga dengan sambal belacan dan ulam-ulaman segar. Terus saja perut rasa lapar.

Sambil berbuai mesra dan bertanya, Datin Furyna yang kaya dengan senyuman memberitahu dia tidak nak masak apa tapi apa yang dihidangkan adalah kegemaran keluarga dan rekan-rekan serta sanak saudara yang berkunjung di kediamannya.

"Saya memang suka memasak, tapi untuk menu harian, jika ada kesempatan saya dan suami lebih suka menu kampung yang ringkas tapi sedap dan membuka selera, Hari ni saya cadang nak goreng ikan pekasam sekali, tapi tak ada jual pulak tadi masa saya ke pasar."

"Cuma anak-anak kurang makan masakan kampung, tapi suka makan ayam. Jadi ayam semacam menu wajib di rumah saya ni. Masaklah apa pun janji ayam dan ayam goreng adalah kesukaan mereka.," Datin Furyna ramah bercerita.

LARANG SUAMI MASUK DAPUR

Tak sangka rupanya Datin Furyna memang minat memasak dan khabarnya keluarga beliau dan suami juga memang pandai memasak. Cuba beliau tidak membenarkan suaminya Datuk Saiful Safwan masuk dapur. Baginya cukuplah beliau seorang di dapur.

"Saya memang tak suka Datuk masuk dapur, biarlah saya sorang masak dan Datuk menikmati apa yang saya masak. Untungnya kerana Datuk jenis makan tak cerewet dan beliau suka hidangan yang ringkas tapi sedap. Anak-anak pun sama."

"Ayam masak merah ini adalah resipi warisan keluarga, tak sama dengan ayam masak merah biasa. Masak merah kami berkuah dan pekat kerana dicampur sanda dan badam kisar. Setiap kali Hari Raya, kenduri kendara keluarga menu kami, ini wajib ada," cerita beliau lagi.

Sebagai orang bisnes, Datin Furyna dan suami juga senantiasa mengundang rakan-rakan bisnes dan keluarga untuk makan tengahari atau malam di kediaman meraka. Sudah tentulah Datin Furyna yang menjadi Master Chef, beliau akan keluar membeli barang untuk memasak. Balik rumah pembantu akan bersih dan siapkan semua bahan dan keperluan untuk memasak, namun tugas memasak adalah Datin Furyna sendiri.

"Kepantangan saya bila ke pasar tengok ikan, seafood ataupun sayur-sayur segar, mulalah beli melebihi keperluan. Memang tak boleh kawal, saya boleh je simpan untuk stok, bila teringin masak bahan ada dalam freezer," tertawa dengan tentang kepantangan itu.

ANTARA BISNES DAN RUMAH TANGGA

Ditanya apa rahsia mempunyai keluarga bahagia dan berjaya dalam bisnes, Datin Furyna tenang mengatakan kedua-dua sama penting dan saling berkaitan dan menjadi tanggungjawabnya bagaimana mengimbangi agar bisnes berjaya rumah tangga terurus.

"Saya sangat bertuah kerana suami memahami, senantiasa membantu dan bersama mengurus dua perkara penting ini kerana bisnes adalah masa depan dan keluarga ada kebahagiaan kami. Sebagai isteri dan ibu kepada empat cahayamata yang masih kecil, keutamaan adalah pengurusan dan memenuhi keperluan anak-anak."

"Jadual saya memang penuh setiap hari. Tugas sebagai ibu bermula seawal pagi, bangun je pagi terus ke dapur siapkan sarapan suami dan anak-anak. Bila suami ke pejabat dan anak sekolah saya siapkan anak yang tinggal di rumah dan masak untuk makan tengahari yang ringkas je. Lepas tu baru ke pejabat untuk urusan bisnes atau memenuhi temujanji dengan rakan bisnes," ujar Datin Furyna yang sangat mengutamakan kesihatan dan kecantikan.

Ternyata dalam kelembutan, ibu muda dan anak kedua dari tiga beradik ini seorang ibu yang tegas dan tidak memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan. Dalam ketegasan itu, sifat penyayang seorang ibu teserlah, setiap masa yang dapat diluangkan bersama anak dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti bersama mereka, termasuklah makan bersama.

MELEBARKAN CABANG BISNES

Hari ini sebut sahaja AuraWhite antara nama yang gah dan dikenali ramai sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kecantikan dan kesihatan. Bermula dengan produk pertama AuraWhite Collagem, sekarang syarikatnya mempunyai lebih 40 jenis produk.

"Sebagai ahli perniagaan, saya mahu esok lebih baik dari hari ini. Sebab itulah saya mesti bekerja kuat untuk memastikan masa depan perniagaan terus berkembang dan bercabang. Bukan hanya kepada produk kecantikan dan kesihatan tetapi juga kepada produk lain dan perkhidmatan yang boleh menjanakan pendapatan.

Sebab itu bila bekerja perinsip saya adalah fokus, senantiasa usaha, selepas itu tawakal dan tidak kenal putus asa dalam setiap apa yang dilakukan dan diimpikan. Bila senantiasa positif, saya akan senantiasa bersemangat," ujarnya mengakhiri perbualan.

Source: RASA - EDISI 205 - OKTOBER 2018

0 Response to "Datin Furyna Walau Sibuk Bisnes Masih Sempat Masak di Dapur"

Posting Komentar