Chef Dr Kamarul Hasni Ingin Masakan Malaysia Senantiasa Diterima di Peringkat Antarabangsa

Siapa yang tidak mengenali Chef Dr Kamarul Hasni Che Rose, chef selebriti tempatan yang aktif dan sering muncul di kaca televisyen sebagai chef serta hos sejak labih kurang 13 tahun yang lepas dalam pelbagai program masakan terkenal termasuklah Baba's Cubits. Makan Apa Bos, Jemput Makan dan yang terbaru Versus 1001 Rasa Baba's.
Chef Dr Kamarul Hasni Ingin Masakan Malaysia Senantiasa Diterima di Peringkat Antarabangsa

Karakternya yang peramah menjadikan Chef Dr Kamarul sangat disenangi sekaligus menjadi pilihan beberapa jenama popular sebagai duta mereka. Chef Kamarul juga pernah dipilih sebagai chef resmi untuk Tourism Malaysia yang terlibat dalam mempromosikan masakan Malaysia di luar negara, antaranya di London, Brunei, Jogjakarta, Vietnam dan Jepun.

Memang dilahirkan di dalam kelauraga yang aktif dalam dunia pemakanan, Chef Dr Kamarul yang kini menetap di Australia berkata, beliau sememangnya membersar serta banyak menghabiskan masa kanak-kanak di dalam dapur bersama arwah ibunya yang menjalankan perniagaan katering, malah mempunyai cafe dan restoran sendiri. "Masa kecil-kecil, kalau kanak-kanak lain pergi ke padang atau taman permainan, saya pula pergi ke pasar pergi membeli sayur, ikan dengan arwah ibu," kata beliau.

PENDIDIKAN

Memasang niat untuk membantu mengembangkan perniagaan keluarga, Chef Dr kamarul mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan. Beliau telah mendapat pendidikan secara formal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula dari peringkat Sijil dalam Masakan Timur dan Barat, Diploma Latihan Chef dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Penyediaan Makanan. Beliau sempat bekerja di pelbagai hotel dan restoran untuk menimba pengalaman sebelum meneruskan pelajaran pengkat Ijazah Sarjana Muda tersebut.
Chef Dr Kamarul Hasni Ingin Masakan Malaysia Senantiasa Diterima di Peringkat Antarabangsa

Chef Dr Kamarul tidak mengendahkan kata-kata masyarakat yang memandang rendah terhadap bidang yang diceburi pada waktu itu dan tetap dengan pendiriannya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master (International in Tourism & Hospital Management) di Universiti Griffith, Gold Coast, Australia. Pada masa yang sama, beliau senantiasa berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak pengalaman dengan bekerja di restoran.
Chef Dr Kamarul Hasni Ingin Masakan Malaysia Senantiasa Diterima di Peringkat Antarabangsa

Pernah menjadi pensyarah di UiTM cawangan Pulai Pinang, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan selama 3-4 tahun, Chef Dr Kamarul kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam peringkat Doctor of Philosophy (PHD) di Universiti yang sama beliau mendapatkan Master di Gold Coast, Australia. Menurut beliau, PHD yang mengambil masa lebih kurang 5 tahun itu merupakan satu perjalanan yang sangat sukar ditempoh demi mencapai impian serta berharap ia akan menjadi inspirasi buat chef-chef muda di luar sana untuk menyambung pelajaran ke pringkat tertinggi.

PERNIAGAAN SENDIRI

Memilih untuk menyambung tradisi perniagaan keluarga, Chef Dr Kamarul kini membuka perniagaan sendiri bermula dengan Cafe MatPeriuk di Ipoh dan seterusnya Kopitalk Coffee di Australia. Menurut beliau, Cafe MatPeriuk merupakan satu projek untuk keluarga yang menjadi kesinambungan perniagaan arwah ibunya di mana beliau sendiri memperkenalkan konsep cafe tersebut serta melatih adik-adiknya memasak.

"MatPeriuk ini menjadi tempat yang senantiasa dekat di hati saya dan memberi impak nostalgik kerana saya akan teringat arwah ibu saya setiap kali saya pulang ke sini." Cafe MatPeriuk kini diuruskan oleh adik perempuan serta suami.

Chef Dr Kamarul yang kini menetap di Australia bersama keluarga pula fokus menguruskan Kopitalk  Coffee. Minat terhadap kopi menjadikan pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk membuka satu cafe yang berkonsepkan kopi dan gabungan menu masakan Malaysia dan tempatnya (Australia). Cafe yang sudah beroperasi selama lebih kurang setahun itu sememangnya mendapat sambutan yang sangat baik.

Beliau bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan Kopitalk Coffee pada masa akan datang dengan mencari lokasi yang lebih luas dan akan mencipta sesuatu yang baru dari segi pemilihan kopi. "Saya minat dengan kopi jadi dengan sedikit ilmu yang ada tentang pemilihan kopi, mungkin selepas ini saya akan cuba buat roasting kopi saya sendiri dengan bantuan beberapa orang rakan saya di Australia."

MEMPERKENALKAN MAKANAN MALAYSIA KE LUAR NEGARA

Apabila ditanya mengapa memilih untuk membuka perniagaan di luar negara. Chef Dr Kamarul menyatakan bahawa beliau memang sudah lama memasang impian untuk berhijrah serta membuktikan rakyat malaysia juga boleh berjaya di mana mana sahaja. "Saya dah buka MatPeriuk di Malaysia, jadi saya ingin cabar diri sendiri untuk membuka satu perniagaan di luar negara dan saya menganggap proses membuka perniagaan di sana sebagai salah satu cabaran."

Selain itu, Chef Dr Kamarul ingin memperkenalkan masakan Malaysia ke negara luar dan senantiasa berpegang pada satu prinsip penting iaitu tidak akan sesekali mengubah resipi asli masakan Malaysia kita. "You don't have to change the food following the local taste buds, macam mana kita makan rendang, macam itu lah saya akan sediakannya, saya nak mereka yang ikut kita, bukan sebaliknya."

PESANAN

Chef Dr Kamarul turut menasihatkan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang masakan terutamanya golongan muda supaya senantiasa berusaha dan bekerja keras kerana tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup. Selain daripada minat, kesabaran yang tinggi juga perlu ada dalam diri demi mencapai cita-cita.

"Jangan pernah berhenti menuntut ilmu dan untuk menjadi seorang chef yang berjaya, seorang itu perlu senantiasa mempunyai buku, nota disisi untuk mencatat segala perkara penting." Beliau juga mengingatkan supaya senantiasa mendokumentasikan resipi-resipi asli keluarga supaya ia boleh menjadi rujukan dan terus menjadi kesinambungan sekaligus digunakan oleh generasi akan datang."

Sumber: Rasa - Edisi 205 - Oktober 2018

0 Response to "Chef Dr Kamarul Hasni Ingin Masakan Malaysia Senantiasa Diterima di Peringkat Antarabangsa"

Posting Komentar